Nuffnang. Macamana anda sebut? Nuffnang atau Nuffneng? Apa sajalah, asalkan anda sendiri tidak tergeliat lidah. Anda perasan tak ramai blogger-blogger tempatan Alif lihat selalu update post mereka mengenai buffered earning Nuffnang atau dalam singkatannya di sebut BE. Meriah betul Alif lihat pada setiap post mereka mesti ada komen membina bertanyakan bagaimana dan apa rahsia buffered earning Nuffnang yang mereka dapat, dan setiap kali itulah juga Alif menjumpai pelbagai tips-tips yang dikongsikan tentang cara nak dapat buffered earning.

Bila Alif check kembali mengenai buffered Nuffnang nie rupanya dah lama Alif dapat. Hehe, cuma Alif tak ambil kisah sangat, sebab Alif lebih kisahkan tentang klik, lagipun earning dari buffered Nuffnang Alif cukup-cukop makan jer. Tapi..tupa-rupanya penting juga buffered Nuffnang nie, jadi Alif akan kumpulkan tips-tips blogger lain tentang macam mana nak dapat buffered earning Nuffnang nie dalam artikel Alif kali ini, supaya dapat memudahkan Alif merujuk pada masa hadapan.

Seperti yang Alif beritahu tadi, ada banyak tips buffered earning Nuffnang, tetapi tak semua tips-tips tersebut menjadi, kemungkinan kepada sesetengah blogger menggunakan kaedah itu berjaya dan ada yang tidak, antaranya ada yang mengatakan:

Pendapat Pertama: Traffic Tinggi – Untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, anda memerlukan traffik tinggi dan ramai pelawat ke blog anda untuk mendapatkan BE dan Metered Earning. Traffik ini mestilah daripada Malaysia kerana anda mendaftar di Nuffnang Malaysia, jadi iklan yang keluar di ads anda nanti adalah iklan dari syarikat di Malaysia yang memerlukan pelawat juga dari Malaysia.

Pendapat Ke-2: Traffic Rendah – Ada juga berpendapat, BE ini hanya untuk blog yang trafficnya sekitar bawah 300 visitor sahaja sehari. Jika pelawat atas 300 sehari memang susah dan tak akan dapat BE.heerrrmmm :-

Pendapat ke-3: Susunan Iklan (Ad Placement) – Letakkan unit iklan di tempat yang sepatutnya, iaitu di tempat yang mudah dan senang dilihat oleh pelawat. Ada 3 jenis unit iklan bagi Nuffnang. Contohnya: Iklan Leaderboard sepatutnya di letakkan di bahagian HEADER bukan di footer, iklan Skycraper pula diletakkan di bahagian pertama SIDEBAR dan bukan tempat lain, akhir sekali iklan Large Rectangle sepatutnya diletakkan betul-betul di bawah post pertama anda. Jika anda tidak mengikut garis panduan yang dinyatakan, maka ia akan mempengaruhi Pengiklan.

Pendapat ke-4: Kemaskini Survey – Ini semua orang tahu, setiap kali hendak daftar blog baru di akaun Nuffnang anda kemudian akan disuruh menjawap survey yang berkaitan dengan blog anda. Jawaplah dengan sebaik-baiknya dan jangan main tanda sahaja. Di bahagian description blog anda ialah bahagian survey yang paling penting. Tulis description mengenai blog anda dengan lengkap, jangan 15 patah perkataan sahaja, sebaiknya guna semua 100 patah perkataan.

Pendapat ke-5: Backlink kepada Nuffnang – Ada juga mengatakan antara Rahsia dapat buffered earning Nuffnang adalah memberi backlink kepada Nuffnang seperti ini >> Nuffnang Malaysia paling best. Buat satu entri khas pasal Nuffnag dan beri backlink kepada mereka.

Pendapat ke-6: Tulis entri dan post yang berkaitan dengan iklan Nuffnang – Yang nie ada sesiapa pernah buat? Alif tak pernah, tapi ada juga berjaya dengan cara ini. Lebih berkesan lagi, buat blog khusus yang berkaitan dengan niche iklan Nuffnang. Nak tahu niche apa yang sesuai mudah sahaja, anda lihat di bahagian Survey ada di bahagian kategori, buatlah blog atau subdomain menggunakan kategori-kategori itu dan tulis artikel yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh: Jika blog anda guna kategori fesyen, buat artikel mengenai fesyen sahaja, jika blog anda guna niche bisnes, tulis perihal bisnes. Itulah maksud Alif.

Pendapat ke-7: Email Pihak Nuffnang – Sekiranya anda merasakan bahawa blog anda sudah layak mendapat BE, hantar email kepada pihak Nuffnang untuk claim dan memberitahu bahawa blog anda sudah bersedia dengan kacaknya dan jayanya untuk menerima BE. Haha, macam nak pegi meminang anak orang pula kena minta kebenaran ibu bapa. Yalah, ingat senang ke diorang nak bagi. Tulislah blog anda dah letak iklan pada kedudukan yang sebetulnya, traffic dah banyak, backlink ke Nuffnang pun dah beri, so nak claim lah BE. Rasa-rasa blog anda layak tak dapat BE??

Erm, Alif rasa itu sahaja kot 7 tips-tips yang sempat Alif kumpul. Lepas nie jika Alif temui lagi tips berkenaan dengan cara dapat buffered earning Alif akan tambah dalam entri ini. Kalau dilihat balik 7 tips yang Alif taip kat atas tu, rasa banyak pula tips nak pilih, yang mana satu sebab ada juga yang bertentangan terutamanya pendapat pertama dan ke-2 tentang traffik tu. Kalau Alif mudah sahaja, traffik tinggi memang penting, kalau tak dapat BE sekurang-kurangnya dapat klik, dan kemudian baki pendapat 3-7 memang wajib diikuti untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang.

Nasihat Alif, buat dulu pendapat 1,3,4,5 dan 6 kemudian baru buat pendapat yang ke-7. Jangan main redah je, hehe. Owh, bagaimana pula dengan pendapat ke-2? Salah ke? Bagi Alif ada juga kebenarannya sebab ada blog Alif yang amat rendah traffiknya turut mendapat BE! Kenapa?.. tak percaya? Hehe, cuma BEnya rendah je la. Apapun bab traffik itu bukanlah syarat utama, anda tumpukan 3,4,5,6 dan 7. Itu penting.

Ok, setakat itu dulu entri Alif kali ini, seperti biasa sekiranya anda ada pengalaman dan rahsia mendapatkan buffered earning, sila nyatakan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Semoga artikel Alif ini dapat membantu anda dalam aktiviti menjana wang dengan Nuffnang.

Sekian, wassalam. Alif (World 4 Free Admin)

World.4.Free brought to you by Alif Azhar